Thursday 10 March 2016

IJAB DAN QABUL

Baru-baru ni, aku chatting dengan seorang silent reader blog aku dalam Hangouts. Tengah rancak chatting tu, tetiba aku diajukan soalan ini...

"Pernah terfikir nak kahwin dengan perempuan?"

Erkkk...dalam banyak-banyak soalan, itu jugak dia nak tanya..haihh. Tapi siapakah gerangan silent reader itu? jengjeng..biar laa rahsia..hehe. Tapi dah nama pun silent reader, sure aku sendiri pun tak kenal..ekekeke

Dalam entry KAHWIN yang lepas, aku ada share pendapat dan pendirian aku berkaitan isu lelaki gay yang memilih untuk berkahwin dengan perempuan. Kalau korang baca balik entry tu, aku rasa korang boleh agak jawapan aku bila ditanyakan soalan sebegini.

Berbalik pada soalan tadi, bila ada yang bertanya dekat aku.."Kamen nak kahwin?", honestly aku sendiri takde jawapan muktamad..sama ada suatu hari nanti aku akan berkahwin ataupun aku confirm tidak akan berkahwin langsung...sebab aku, well..seorang gay!

Dalam hal-hal complicated sebegini, aku lebih selesa berfikir dan bertindak secara realistic. Walaupun aku berkemampuan dari segi zahir, tapi kalau nafsu dan naluri aku tetap dan hanya setia pada lelaki...senang citer hanya romantically and sexually attracted pada lelaki...rasanya sampai ke tua pun aku takkan berkahwin dengan entiti bernama perempuan.

Tapi siapa laa aku nak melawan takdir dan ketentuanNya? Yer laa, mana laa tahu suatu hari nanti tetiba naluri dan nafsu ni berubah jadi straight lepas tersandung batu?ekeke. So, jangan terkejut kalau tetiba aku buat post bertajuk "Ciri-ciri isteri pilihan"..ekekeke. Walaupun aku sebenarnya doubt yang sexuality ni boleh berubah-ubah. Once gay..always be gay..haha! Tapi again..soal masa depan, semua tu terlalu subjektif bagi aku. Aku sebagai manusia hanya mampu merancang..tapi bukankah sebaik-baik perancangan tu datang dari yang maha kuasa?

Tapi aku tak boleh nafikan, kadang-kadang tu aku ada jugak terfikir pasal isu ni. Lagi-lagi sekarang ni aku tengok ramai member dan kenalan aku yang dah mendirikan rumah tangga..dah beranak pinak..bahagia jer aku tengok kehidupan diaorang. Sedangkan aku masih hidup membujang. Lepas tu mula laa termenung sorang-sorang memikirkan nasib diri.

Yer laa..siapa nak hidup bersendirian sampai ke tua? In case tak dapat steady partner yang sanggup sehidup semati bersama. Sampai bila nak hidup bawah ketiak parents? Siapa yang tak nak ada zuriat? Siapa yang tak nak makan pakai diaorang terjaga?


Pernah jugak terlintas difikiran untuk membina rumah tangga aku sendiri. Ada isteri yang elok rupa paras, baik budi pekerti...yang boleh jaga makan dan pakai aku sehari-hari. Lepas dah puas honeymoon berdua, baru planning buat anak..paling ramai pun tiga orang..ekeke. Well..aku pun teringin jugak nak tengok baka aku baik ker tak, comel ker tak. Nak dengar anak-anak aku panggil aku 'Ayah'. Nak tengok anak-anak aku membesar depan mata aku. Senang citer, hidup 'normal' di mata masyarakat dan menjalani kehidupan berkeluarga dan gembira bersama orang-orang tersayang..eceh!

Tapi bila difikirkan balik..rasanya semua tu cuma angan-angan kosong aje. Buat masa ni, soal kahwin belum masuk dalam priority list aku. Keinginan tu cuma datang sekejap..seolah-olah sekadar melepaskan kentut di tangga..ekeke..lepas tu hilang bersama angin lalu. Yer laa..dah nama pun gay..macam mana nak kahwin? Tengok perempuan pun takde feel..macam tengok batu. Nak buat anak jauh sekali..perempuan pakai bikini 2 pieces lalu depan mata pun aku tak terangsang..apatah lagi nak gomol dan 'bersatu' dengan entiti bernama wanita..haihh, seram..ekekeke! So buat buat apa aku nak berkahwin kalau aku sendiri tak happy? Buat apa aku nak berkahwin kalau aku takde niat nak buat anak? Buat apa aku nak berkahwin atas dasar terpaksa sedangkan aku tahu aku tak mampu? Buat apa aku nak hidup dalam kepura-puraan sedangkan aku ada pilihan lain yang lebih membahagiakan aku?

Well, tipu laa kalau aku tak risaukan masa depan aku. Yer laa, umur makin lama makin meningkat. Kalau aku tak kahwin sekarang atau sampai bila-bila, siapa nak jaga aku bila dah tua nanti? Lagi-lagi kalau aku terpaksa stay single sampai ke tua sebab dah tak laku ataupun kena dump sebab partner aku dah tak selera nak tengok aku..gulp! Tapi seandainya perkara tu betul-betul terjadi, bila dah tiba masa nanti..pandai-pandai laa aku serah diri dekat rumah orang-orang tua. At least ada yang jaga makan pakai berak kencing aku. So takde laa mereput dalam rumah sorang-sorang. Haihh..tetiba rasa seram bila memikirkan soal masa depan yang belum pasti..

Apapun, ini cuma pendapat peribadi insan bernama Kamen Shinobi. Aku takde niat pun nak menggalakkan golongan macam aku untuk tidak berkahwin. Pilihan ditangan masing-masing...dah besar, dah pandai berfikir..so pandai-pandai laa buat keputusan yang bijak untuk diri sendiri...jangan sampai menyusahkan orang lain dah ler..hehe 

The mystery of life is not a problem to be solved,
but a reality to be experienced.