"Apa yang kau expect dalam relationship?"
...
Bila bercakap pasal relationship, aku rasa masing-masing pun ada keinginan dan harapan seandainya suatu hari nanti ditakdirkan bertemu lalu terbercinta dengan seseorang. Dan mostly biasanya akan berharap relationship yang dibina tu mampu bertahan lama, bahagia, kekal etc.
Well..normal laa, siapa nak couple dua tiga hari lepas tu putus? Siapa yang mampu bertahan kalau asyik bertekak? Kalau boleh nak couple sampai hujung nyawa..kalau boleh nak happy selalu..betul tak? hehe.. Well..aku pun macam orang lain jugak, ada harapan, impian dan expectation dalam relationship..berharap itu dan ini dari pasangan aku.
So kali ni aku nak share sikit beberapa element yang aku secara personally rasa agak penting dalam sesebuah relationship, dan sudah tentu apa yang aku harapkan dari pasangan aku. Well, untuk permulaan ni aku cuma nak fokus dekat perkara asas jer...perkara-perkara duniawi yang terlebih gula, terlebih cheesy aku simpan untuk entry akan datang...hehe
###
1. IKHLAS
Sebelum melayari bahtera percintaan, sudah tentu masing-masing kena menerima pasangan seadanya. Tapi kadang-kadang ada couple ni terikat bukan atas sebab emosi..tapi nafsu dekat fizikal semata-mata..sebab partner tu sado, kacak, dada berbulu..etc..takpun sebab partner tu kaya dan berpangkat. Ada pulak yang ber-couple sebab si polan kesian dekat si polan..so ber-couple sebab terpaksa..errr..ada ker?ekekeke. Ahh..lantak laa!
Pada aku relationship yang dibina atas dasar nafsu atau simpati takkan kekal lama. Sebulan dua sure putus. So aku tak nak laa benda tu terjadi aku. Aku nak si dia menerima aku ikhlas dari hati, kerana perasaan dan niat murni nak berdampingan dengan aku. Bukan atas sebab kesiankan aku ataupun faktor luaran semata-mata..eceh! macam laa aku hot sangat..ekekeke!
2. PENERIMAAN
Biasanya, masa awal-awal percintaan..waktu tu laa baru nak kenal luar dalam. So masing-masing pun cuba nak sorok bad side..konon nak nampak perfect. Tapi bila dah sampai ke suatu tahap selesa, maka bad side tu pun terserlah. Contoh, dah couple sebulan, si dia baru dapat tahu aku ada bad habit suka gigit kuku kaki..contoh jer!..ekeke. So bila terjadi situasi sebegitu, aku berharap si dia tak ambil kisah dan masih boleh menerima kelebihan dan juga keburukan aku seadanya.
3. TELUS
Bila dah masuk ke fasa relationship sebenar, aku prefer si dia bersikap lebih terbuka dan tidak terlalu berahsia. Yer laa..dah kenal luar dalam, tanda lahir pun dah tahu dekat mana..tak guna nak berahsia lagi..ekeke. Tapi aku pun nak si dia faham dan hormati privacy aku..kadang-kadang tak semua perkara perlu dan boleh dikongsi bersama.
4. KOMUNIKASI
Perangai manusia tak semuanya sama, kadang-kadang ada yang suka cakap lepas, ada jugak yang suka pendam sorang-sorang..spesis yang macam ni bahaya. Depan cakap lain, belakang cakap lain..dengan alasan nak jaga hati. Well, siapa nak sakitkan hati pasangan diaorang, tapi aku lagi suka partner aku berterus terang dan bersikap jujur dekat aku. Mana laa tahu, misal kata aku terbuat benda-benda yang si dia tak suka, so aku boleh baiki. Bukan untuk orang lain, untuk kebaikan bersama jugak.
5. FLEXIBLE
Aku pasti tak semua minat pasangan tu 100% sama. Kadang-kadang apa yang aku suka, si dia kurang atau tak suka atau tak pernah ambil tahu langsung..begitu jugak sebaliknya. So bila terjadi situasi masing-masing bercanggah minat atau berbeza pendapat, aku berharap si dia menghormati, tak pun sekurang-kurangnya sudi untuk belajar dan mendalami hobi dan minat aku. Contoh aku suka tengok citer seram, sedangkan si dia tak suka..tapi kerana sayangkan aku, si dia sanggup temankan aku layan citer seram..hehe.
6. SABAR
Sehebat mana pun relationship tu pasti suatu hari nanti akan dilanda ujian..well, lautan mana yang tidak dilanda gelora? So seandainya suatu hari aku dan si dia tetiba bertelagah, aku berharap si dia mampu bersabar dan tetap tenang dengan dugaan yang sedang dihadapi. Maklum laa, bila tengah emosi, kepala bukan betul sangat..silap-silap terus mintak clash..erkkk. Kalau boleh berbincang untuk mencari jalan penyelesaian daripada lari dari masalah dan menyalahkan satu sama lain.
7. PRIORITY
Well, dah nama pun buah hati kesayangan..so si dia kena laa letakkan aku dalam priority list paling atas..eceh!selfish sungguh kau Kamen!ekekeke.. Tak kira laa sesibuk mana pun, si dia tetap akan luangkan masa untuk call atau mesej bertanyakan khabar dan perkembangan aku. Bila bangun pagi, celik mata jer si dia orang pertama yang akan ucap "Good morning", dan sebelum tido malam si dia orang terakhir yang akan ucap "Good night" dekat aku..eceh!
8. SETIA
Yang ni cliche habis...ekeke. Tapi normally, bila dah sampai ke suatu tahap masing-masing dah terlalu selesa dengan pasangan, perasaan bosan tu sure akan muncul. Yer laa, dah menghadap muka sama bertahun..mau tak bosan? Dulu dia laa jantan paling hot, sekarang tetiba jadi suam-suam kuku..ekeke..tu yang kes gatal cari pisang lain tu! Haihh...
Walaupun si dia dah mula rasa bosan menghadap aku, tapi aku still berharap perasaan sayang dan cinta si dia terhadap aku masih menebal seperti waktu memula bercinta dulu. Tak kira laa ada jantan lain yang lagi mantap dari aku datang menggoda, si dia mampu tepis dan hanya memilih untuk setia dengan aku seorang.
###
Rasanya cukup setakat itu jer dulu. Kalau diturutkan hati, banyak lagi aku nak senaraikan..tapi nanti korang kata aku demand lebih-lebih pulak..hehe.
Kalau korang perasan dalam list ni, aku lebih banyak mengharap pasangan aku berbakti dan berkorban untuk aku. Well, aku tak laa kejam sangat nak request macam-macam dekat pasangan aku sedangkan aku buat bodoh serupa diktator kejam. Bukan kah dalam perhubungan tu kena ada sikap give and take? So kalau si dia sanggup berkorban dan memenuhi keinginan aku, kenapa aku tak boleh buat perkara yang sama? "Kerana cinta lautan berapi, pasti akan kurenang jua"...eceh! hahaha! So basically apa yang korang baca ni bukan sahaja permintaan aku, tapi ibarat janji aku dekat pasangan aku nanti.
Best relationship :
Talk like best friends,
Play like children,
Argue like husband and wife,
Protect each other like siblings