Wednesday 27 January 2016

RAJUK

Dia : Aku nak cari someone in real life laa pulak.

Letih mencari online..mostly menyakitkan hati!

Aku : (Erkkkk) Aku menyakitkan hati kau?

Dia : Aku cakap in general..tak mengata kau.

Aku : Hmm…

Dia : Kamen? Kau okay?

Aku : Maaf, tetiba aku takde mood. Jangan kacau aku.

Haihh..entah kenapa kata-kata si ‘Dia’ tetiba buat aku terfaktab..seolah-olah ditampar berkali-kali lalu menyedarkan aku dari khayalan ciptaan aku sendiri. Mungkin ada betulnya, mencari cinta di alam maya tidak menjanjikan apa-apa, buktinya aku sendiri masih belum berpunya. Tapi kenapa nak samakan aku dengan orang lain? Orang lain buat hal, aku pulak disalahkan? Grrr! Ntah laa, mungkin aku overthinking. Ahh..tak kira, si ‘Dia’ dah terlanjur buat aku sakit hati!

Damn..ini yang buat aku nak merajuk ni!!

Eleh Kamen..kau sebenarnya cemburu kan? Errrr….

Siapa si ‘Dia’ ni? Kekasih hati Kamen Shinobi? Perghhhh! Statement yang teramat laa perasan lagi tak boleh blah! ekeke..Sure mamat tu gelak terbahak-bahak kalau dia terbaca statement aku. Kamen, hentikan laa berangan. Apa kau ingat mamat tu takde taste? Setakat level blogger cabuk macam kau, mimpi aje laa. Ramai lagi jantan hebat di luar sana dia boleh pilih. Tak payah laa nak mengada merajuk..korang belum sah jadi couple pun..ekekeke.

Well..buat masa ni aku tak nak dedahkan siapa si ‘Dia’..cukup laa sekadar korang tahu yang kitaorang bertemu dan berkenalan melalui ruang maya dan sangat aktif berhubung..hehe

Bercakap pasal merajuk, aku teringat lagi masa kecik-kecik dulu aku selalu merajuk dengan parents aku. Maklum laa, anak bongsu..manja terlebih. Dan privileges jadi anak bongsu ni, apa aku mintak semua dapat..tapi kalau tak dapat, merajuk laa jawabnya. Yer laa…budak lagi, takkan nak mengamuk..mau kena pelempang?  So nak tak nak aku terpaksa guna taktik merajuk dengan harapan parents aku mengalah lalu menunaikan permintaan aku…well biasanya taktik merajuk ni berhasil. Chet!! teruk betul perangai kau Kamen…kecik-kecik dah jadi opportunist..ekeke

Sekarang bila dah semakin meningkat tua ni aku dah kurang sikit merajuk..still habit suka merajuk tu masih dan tetap akan ada…tapi takde laa seteruk zaman hingusan dulu. Aku sangat berharap future partner aku nanti mampu bersabar dengan perangai aku yang satu ni..ekeke. Tak padan dengan muka ganas, hati rapuh serupa tisu jamban! Pantang kena provoke sikit, mula laa muncung..haha! Maklum laa, Kamen Shinobi insecure orangnya. Well..aku merajuk dengan orang tertentu aje.. Dengan siapa lagi aku nak mengada-ngada selain dengan insan-insan terpenting dalam hati aku. Tak jantan laa merajuk dengan member-member..buat malu jer..hahaha

Biasanya kalau aku merajuk aku lebih suka bersendirian..tutup mulut serupa orang bisu. Mungkin terbawa-bawa habit masa zaman budak-budak dulu. Dulu asal merajuk mesti kurung diri dalam bilik..konon nak mogok lapar...parents datang pujuk baru aku cool down..ekekeke. Itu dulu, sekarang tak payah cari bilik…dekat public pun boleh merajuk..hahaha! Tak sedar diri, dah tua berjanggut pun masih nak merajuk. Ingat comel sangat ker lelaki merajuk?

Alaa…aku nampak aje macam merajuk, tapi sebenarnya aku cuma mengelak dari bertekak. Biasa laa, bila tengah emosi..kepala bukan betul sangat. Kalau diturutkan amarah, memang laa rasa nak ajak berperang, tapi daripada aku bertekak, baik aku diam aje. Tunggu aku cool down sikit baru laa ajak berbincang..hehe. Aku kalau merajuk tak lama, paling singkat pun seminggu aje…erkkk…Kesian future partner aku nanti, sure terseksa jiwa raga melayan perangai aku..hahaha!

Aku pun tak tahu kenapa aku beriya-iya nak citer kelemahan aku. Haihh..siapa laa nak dekat kaki merajuk macam aku ni? menyampah lagi ada laa..hahaha. Kalau hot tak per laa jugak nak bajet merajuk, at least kalau merajuk nampak comel. Ini tak, dah laa buruk, kalau merajuk sure bertambah buruk..ekekeke. Forever alone laa jawabnya kau Kamen! Ahh..lantak laa, korang yang tengah couple tu pun mesti awal-awal jer nampak semuanya perfect, dah sampai tengah-tengah baru nak tunjuk perangai huduh masing-masing…haha! Biasa laa, yang perfect tu semua dalam citer dongeng aje, hakikatnya kita semua cuma manusia biasa, tiada yang sempurna. Sayangi laa pasangan anda seadanya…eceh!

Adeh…tetiba rasa lonely, ini yang rasa nak merajuk lagi ni..hehe

Dia : Aku minta maaf

Aku : Sebelum aku maafkan kau..kiss me.

Dia : Erkkk!

Sometime not saying anything is the best answer,
You see, silence can never be misquoted.

Thursday 14 January 2016

BUTA

Dalam entry BLIND DATE yang lepas, ada beberapa reader yang beriya-iya nak tahu kisah dan pengalaman aku ber-blind date. Well memandangkan aku tak suka mengecewakan orang lain, lagipun orang tua dah pesan..tak baik mungkir janji…so untuk kali ini aku nak share sikit kisah dan pengalaman peribadi sepanjang aku berkecimpung dalam aktiviti ber-blind date..eceh!

Untuk pengetahuan korang, tak semua blind date aku boleh di anggap ‘true blind date’. True blind date dekat sini bermaksud masing-masing clueless dengan siapa diaorang bakal bersua muka. Yer laa, aku rasa ada yang tahu..atau mungkin tak tahu pasal pendirian aku. Aku seorang yang agak discreet dan personally aku tak suka share gambar peribadi dekat strangers lagi-lagi dengan mamat PLU yang berminat nak berkenalan dengan aku. Maklum laa, aku tak fotogenik, tak pasal-pasal nanti baru send satu gambar terus kena block…ekekeke.

So biasanya mamat-mamat PLU ni aje laa yang akan open up pasal identity diorang dan send gambar diaorang dekat aku. Tak adil bukan? Jangan salah anggap..aku tak pernah meminta apatah lagi memaksa diaorang berbuat begitu..semua tu atas kerelaan diaorang sendiri. Apa yang diaorang bagi,aku terima aje laa..hehehe. Mujur laa, ada yang memahami pendirian aku dan sanggup ambil risiko ber-blind date…atau mungkin lebih tepat ‘half blind date’ dengan aku …hehe.

Ahh..tak kira laa true, false, full, half, quarter blind date sekali pun…aku tetap nak share pengalaman aku ber-blind date.

#####

Bila diimbas balik..first time aku keluar blind date pada pada tahun 2012. Dan kalau korang nak tahu, blind date aku yang pertama adalah pengalaman pertama aku meet-up dengan PLU di dunia realiti! Perghh..dah laa first time nak jumpa PLU, true blind date pulak tu..bad idea sungguh! haha...Apa yang terjadi? Well, sebenarnya banyak kejadian pelik, kelakar dan seram yang berlaku semasa first blind date/meet-up tu. Nak share sekarang, panjang sangat laa pulak..kalau nak tahu kisah lebih lanjut tunggu entry yang akan datang..hehe

Bila bercakap pasal blind date, dah nama pun blind date..temu janji buta..so macam-macam laa expectation yang timbul sebelum bertentangan mata. Nak yang sempurna dan indah aje…biasa laa, first  impression tu kan penting?hehe.. Tapi orang kata jangan letak harapan terlalu tinggi, kalau jatuh sendiri jugak yang sakit. Well, kebiasannya macam tu laa…apa yang muncul di depan mata aku selalu aje menyimpang jauh lalu terbabas dari imaginasi dan angan-angan…ekeke..contohnya kisah John si CATFISH. Itu baru satu contoh..sebenarnya ada lagi, cuma malas nak taip panjang-panjang…ekekeke. Eleh…dah laa ajak orang blind date..nak demand lebih-lebih pulak. Ntah-ntah mamat yang keluar blind date dengan kau pun sebenarnya geli lagi jijik tengok kau..perasan hot jer laa kau Kamen!

Itu belum masuk soal perangai. Tak dinafikan ada diantara mamat PLU yang ajak aku blind date dengan diaorang memilik rupa paras dan gaya yang cukup menggoda…senang citer menepati taste aku..kalau dapat sure seminggu tak keluar bilik..aumm! hehe..Tapi sayang sekali, muka dan body aje hot..tapi perangai ke laut..ekeke

Aku ingat lagi peristiwa blind date dengan seorang mamat ni. Mamat ni boleh dikatakan physically attractive dan sangat kena dengan taste aku..hehe..tak sangka jugak mamat ni sudi ajak aku blind date..eceh! Kalau dia tahu rupa aku awal-awal, sure kena block on the spot..ekeke. Dipendekkan citer petang tu aku jumpa mamat ni dekat rumah dia. Blind date petang tu berjalan lancar..dan mamat ni pun layan aku dengan cukup mesra. Tapi siapa sangka, disebalik kemesraan tu ada niat tersembunyi. Belum sempat aku habiskan air yang dihidang, tetiba tangan mamat ni menjalar di sekitar paha aku..Gulp! so faham-faham laa yang mamat ni nak..ekeke. Tapi aku buat bodoh aje laa..konon jual mahal. Mungkin tak puas hati dengan layanan dingin dari aku, tetiba mamat ni berdiri lalu menanggalkan seluar betul-betul di hadapan muka aku. Adeh, sah mamat ni tengah gersang!…kalau orang lain dah lama kena terkam..Tapi memandangkan waktu tu aku takde mood..eceh..aku tolak secara baik. Well, mungkin sedar ego mamat ni sudah tercalar dengan budak hingusan macam aku..akibatnya aku dihalau secara halus..haha! Damn! Padan muka kau Kamen.Sejak kejadian tu mamat ni terus block aku dalam kehidupan beliau..ekekeke


Itu laa padahnya..konon nak cari soulmate dalam gay apps, last-last dapat jantan gersang…hahaha. Tapi tak semua blind date aku bertukar kepada ‘sex date’ atau ajakan berbaur seksual. Siapa laa aku, dah laa takde rupa..asyik jual mahal pulak tu…ekekeke. Ada jugak yang ajak aku blind date semata-mata nak cari teman bersembang. Chet! nampak sangat aku gagal menggetarkan nafsu diaorang..ekekeke. Tapi biasa laa..dan nama pun lepak dengan strangers, so macam-macam laa perangai yang enak dan kurang enak terpaksa aku hadapi.

Contohnya, ada seorang mamat ni..rupa boleh tahan tapi mulut..alahai, mengalahkan makcik joyah..keje dia asyik bergosip dan mengumpat PLU lain, bajet dia seorang aje yang perfect. Dah laa tu asyik angkat bakul puji diri sendiri..konon dia laa PLU paling hot…adeh! Ada pulak satu kes lagi, seorang mamat ni tak habis-habis bercerita pasal senarai ex-ex boyfriend dia yang lalu..siap tunjuk gambar lagi. Haih…bajet laku sangat ler tu. Tak pasal-pasal malam tu aku terpaksa jadi pendengar setia semua kisah tragis mamat ni..Ntah betul ker tak, dia sorang jer yang tahu..haha. Aku yang mulanya excited nak mengorat tetiba turn off dengan perangai diaorang..ekekeke

Sejak aku bergiat dalam dunia blind date, aku expect yang aku hanya akan keluar blind date dan bertemu dengan PLU yang ada disekitar aku aje. Tapi, siapa menyangka…well..aku sendiri pun tak sangka ada seorang mamat ni sanggup datang dari jauh semata-mata nak blind date dengan aku…pergh! unsangkarable! Hehe.. Dipendekkan citer aku dan mamat ni sebenarnya dah lama berhubung di alam maya..dan mamat ni pun dah slowly open up pasal diri beliau, sedangkan aku masih bermain tarik tali dan masih selesa stay discreet. Tapi mamat ni teramat laa degil..konon terlalu curious nak korek identiti aku yang sebenarnya. So suatu hari bila mamat ni asyik push aku untuk coming out..aku tetiba jadi geram dan aku cabar mamat ni datang jumpa aku..bukan setakat rupa, dengan perangai aku sekali dia boleh tengok live depan mata!..haha.. Well, mulanya aku just acah-acah aje, tapi tak sangka pulak mamat ni berani sahut cabaran aku..pergh! mau tak terkesima?! Hahaha. So, dipendekkan citer lagi..beberapa bulan selepas itu, mamat ni datang ke tempat aku dan kitaorang bertentang mata buat kali pertama dekat airport..eceh! dah serupa movie LGBT..hahaha. Nak tahu apa yang terjadi selepas itu, nantikan entry yang akan datang..ekekeke

Jujur, aku sangat terharu dengan pengorbanan mamat ni..yer laa, zaman sekarang kan lebih mudah..kalau susah sangat nak meet-up, video call pun dah cukup. Ni tak, aku terpaksa menyusahkan orang lain disebabkan sikap aku yang tertutup ni…haih! Kadang-kadang rasa bersalah jugak. Yer laa, mamat tu pun manusia biasa, sure dia dah expect dan imagine macam-macam pasal aku. Ntah-ntah mamat tu menyesal tak sudah bila dah bertentang mata dengan aku. Selama ni bajet macam prince charming..tapi hakikatnya tak ubah macam Godzilla pakai baju…ekekeke.

Dah banyak kali blind date…takde yang berkenan?

Well..tipu laa kalau aku kata takde langsung yang menarik perhatian aku. Macam aku kata tadi..ada beberapa mamat PLU ni luaran aje nampak menggiurkan, tapi bila masuk bab perangai..mostly tak boleh pakai…fail! Tak pun ajak aku blind date semata-mata nak puaskan nafsu serakah diaorang aje..so memang tak layak laa nak berdampingan dengan aku…eceh! Macam laa diaorang kemaruk nak jadikan kau boyfriend diaorang..berangan aje laa kau Kamen!

Ada pulak luaran nampak biasa-biasa aje..kalau berselisih dekat mana-mana pun sure aku takkan jeling dua tiga kali..chet! bajet hot habis laa kau Kamen! Muntah! Tapi bila dah bertentang mata, dah kenal perangai,hati budi dan lain-lain…baru laa tersedar ada diantara diaorang ni sebenarnya memiliki criteria ‘boyfriend material’ yang dicari-cari..eceh! Aku yang berhati batu, susah nak suka apatah lagi jatuh hati dekat orang, cerewat, suka jual mahal lagi perasan hot ni pun tetiba boleh terjatuh suka…rasa nak berkenalan tetiba membuak-buak macam air yang tengah mendidih..pergh! metafora tak boleh blah…haha. Betul laa kata orang, cinta itu kan buta…kalau tak kenal, maka tak cinta..eceh!

Tapi korang pun tahu..soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Kadang-kadang aku aje yang syok sendiri..terhegeh-hegeh suka..konon nak berkenalan..konon nak explore..sedangkan orang-orang yang terpilih tu tak rasa apa pun. Begitu jugak sebaliknya..bila ada yang berkenan dekat aku..errr…ada ker?ekeke… aku pulak jual mahal..konon takde feel..padahal malu-malu kucing sebenarnya..haha! Akhirnya perkenalan yang terjalin, terlerai begitu sahaja..

Haih…complicated sungguh soal hati…macam mana laa korang boleh couple semudah petik jari..sedangkan aku nak cari yang berkenan dihati pun susah nak mati!?


Mystery creates wonder 
and wonder is the basis of man’s desire to understand.